Friday, April 2, 2021
Post1- Proses Membentuk Mini Studio Fotografi
April 02, 2021 PENULIS
Langkah 1:
Tuesday, February 23, 2021
Unsur Seni dan Prinsip Seni Fotografi
February 23, 2021 PENULIS
Unsur Seni
a. Bentuk (Shape)
Gambar: Kotak
- Bentuk dapat diertikan sebagai dimensi.
- Shape merupakan salah satu teknik yang termasuk ke dalam komposisi fotografi.
- Shape dalam komposisi fotografi bererti suatu objek yang membentuk suatu bentuk seperti kotak.
- Corak yang berupa pengulangan shape, garis dan warna yang boleh menjadi unsur penarik perhatian utama.
- Pengulangan itu menimbulkan kesan dan harmoni dalam gambar.
- Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar.
- Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal
- Kontras terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen lain.
- Ada dua jenis kontras iaitu kontras ton dan kontras warna.
- Kontras warna merujuk pada bagaimana warna berinteraksi satu sama lain.
Thursday, February 18, 2021
Komposisi Shape and Form, Patterns dan Framing
February 18, 2021 PENULIS
Hari ini saya telah belajar tentang Komposisi Shape and Form, Patterns dan Framing. Saya telah menjalankan amali untuk ketiga-tiga komposisi ini.
Berikut merupakan hasil kerja saya tentang ketiga-tiga komposisi ini.
1. Komposisi Shape and Form
Gambar: Powerbank berbentuk segi empat tepat (rectangle)
2. Komposisi Patterns
Gambar a: Nanas
Gambar: Pemandangan Alam Sekeliling Melalui Tingkap Rumah
Wednesday, February 17, 2021
Komposisi Rule Of Third & Leading Lines
February 17, 2021 PENULIS
Hari ini saya telah belajar tentang Komposisi Rule Of Third dan Leading Lines. Komposisi sisi merupakan cara kita menyusun sesuatu objek dalam foto supaya dapat menghasilkan gambar yang baik dan cantik. Saya telah menjalankan amali untuk menghasilkan foto tentang Komposisi Rule Of Third dan Leading Lines.
Komposisi Rule of Third
Gambar 1:
Gambar 2:
Komposisi Leading Lines
a. Horizontal Lines
Tuesday, February 16, 2021
Teknik Night Photography
February 16, 2021 PENULIS
Hari ini saya telah belajar tentang teknik Night Photography. Biasanya kami menggunakan teknik ini untuk mengambil gambar pada waktu malam. Saya mengetahui kombinasi Shutter Speed, ISO dan Aperture semasa mengambil gambar pada waktu malam adalah berbeza jika kami mengambil gambar pada waktu pagi.
Berikut merupakan hasil gambar tentang teknik Night Photography:
Gambar 1:
Gambar 2:
Tuesday, February 2, 2021
Teknik Panning
February 02, 2021 PENULIS
Terdapat beberapa teknik dalam alam fotografi. Salah satunya adalah teknik panning. Panning adalah salah satu teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan gerakan pada benda yang bergerak. Teknik panning akan menyebabkan objek nampak fokus, sementara background akan nampak kabur/blur.
Hari ini saya telah belajar tentang teknik panning ini, berikut merupakan hasil kerja bagi teknik panning.
Shutter Speed
February 02, 2021 PENULIS
Hari ini saya belajar tentang shutter speed. Shutter speed ini dapat dibahagikan kepada high speed dan slow speed.
Nilai shutter speed dikira dengan menggunakan sesaat (seconds) dan biasanya lebih rendah dari satu saat.
Shutter Speed Perlahan = Banyak Cahaya Masuk
Shutter Speed yang Laju = Kurang Cahaya Masuk
Berikut merupakan hasil gambar tentang high speed dan slow speed.
Gambar 1: High Speed
Aperture: F/2
Shuttle Speed: 1/2000
ISO: 1600
Gambar 2: Slow speed
Aperture: F/2
Shuttle Speed: 1/100
ISO: 100
Merujuk kepada kedua-dua gambar di atas, kita dapat lihat gambar percikan air bagi high speed dan slow speed adalah berbeza. Bagi gambar 1 yang menggunakan teknik high speed, imej yang ditangkap adalah sangat cantik. Manakala bagi gambar 2 yang menggunakan teknik slow speed, imej yang ditangkap ternampak kabur.
ISO
February 02, 2021 PENULIS
Nilai ISO rendah = kualiti imej yang tinggi
Nilai ISO tinggi = kualiti imej yang rendah
Monday, February 1, 2021
Aperture
February 01, 2021 PENULIS
Pada kelas fotografi hari ini saya telah belajar tentang teknik Aperture. Cuaca semasa saya mengambil gambar adalah waktu cerah. Saya mengambil keputusan untuk mengambil gambar pasu bunga. Saya menggunakan teknik Aperture berdasarkan pelbagai fokal length yang berbeza seperti F/0.95, F/2.4, F/4, F/7.1 dan F/16.
Aperture adalah bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Ukuran aperture dilabelkan dengan simbol f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Semakin besar nombor f, lubang shutter adalah semakin kecil. Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah semakin besar.
Berikut merupakan hasil kerja saya tentang teknik Aperture:
💚 Fokal length, F/ 0.95
💚💚 Fokal length, F/ 2.4
💚💚💚 Fokal length, F/ 4
💚💚💚💚 Fokal length, F/ 7.1
💚💚💚💚💚 Fokal length, F/ 16
Gambar oleh :
NAMA JURUFOTO: TAN SIN JIE
KAMERA: HUAWEI NOVA
Tuesday, January 26, 2021
White Balance
January 26, 2021 PENULIS
Hari ini saya belajar teknik White Balance menggunakan kamera pada telefon pintar saya. Saya telah menggunakan beberapa mod White Balance seperti Auto White Balance (AWB), Cloudy, Tungsten dan Daylight. Cuaca pada hari merupakan hari cerah lalu saya mengambil peluang ini untuk menangkap gambar pemandangan melalui tingkap rumah saya..
Berikut merupakan hasil kerja saya untuk teknik White Balance menggunakan beberapa mod:
i. Auto White Balance (AWB)
Gambar oleh :
NAMA JURUFOTO: TAN SIN JIE
KAMERA: HUAWEI NOVA
Teknik Memfokus
January 26, 2021 PENULIS
Hari ini saya ingin berkongsi cara teknik memfokus gambar biskut raya.
Berikut adalah hasil kerja saya untuk teknik memfokus:
Gambar oleh :
NAMA JURUFOTO: TAN SIN JIE
KAMERA: HUAWEI NOVA