Jenis-jenis filem, polaroid dan media digital
JENIS-JENIS FILEM
Filem merupakan kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Filem juga merupakan perantara yang digunakan untuk mencetak gambar yang ditangkap. Kepekaan suatu filem dapat disukat berdasarkan kepada beberapa skala seperti ASA, ISO dan lain-lain.
1. Filem Hitam Putih
Filem jenis ini menghasilkan gambar hitam putih. Filem hitam putih ini akan suasana yang suram serta mempamerkan wajar seseorang yang muram. Filem jenis ini juga dapat dibahagikan kepada filem hitam-putih positif serta filem hitam-putih negatif.
2. Filem Warna
Filem warna format 135 (35MM) lebih digemari oleh jurukamera kerana fleksibilitinya. Filem jenis ini mudah diperolehi daripada kedai fotografi atau pasar raya. Filem warna ini dapat diperolehi dalam bentuk 12 dedahan (exposure), 24 dedahan (exposure) dan 36 dedahan (exposure).
3. Filem Polaroid
Filem Polaroid merupakan kepingan kertas gambar yang mempunyai bahan kimia. Apabila menangkap gambar, filem polaroid ini akan dikeluarkan dari kamera dan digoyang di udara bagi menentukan bahan kimia bertindak untuk menghasilkan gambar.
4. Filem slaid/ transparensi
Filem
slaid ini digemari pada suatu masa dahulu kerana dapat menghasilkan
imej yang terang, kontras dan seolah-olah hidup. Filem jenis ini
biasanya digunakan dalam penerbitan buku atau majalah. Namun demikian,
dengan kemunculan kamera digital, filem slaid jarang digunakan dan
menggunakan perkataan "chrome".
Polaroid
Kamera jenis polaroid merupakan jenis kamera yang dapat menghasilkan foto melalui filem polaroid. Kamera jenis ini sangat popular pada masa dahulu kerana kamera jenis ini memerlukan masa yang lama untuk gambar segera.
Foto Polaroid Aneka Bentuk Ukuran
- Ukuran Poloraid 4R: 10x15 cm
- Ukuran Poloraid 3R: 6x12.7 cm
- Ukuran Poloraid 7 x 10: 7x10 cm
- Ukuran Poloraid 2R: 6x9 cm
0 comments:
Post a Comment