TAN SIN JIE

TAN SIN JIE
Unit: S9
Major: BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: HUAWEI NOVA

Search This Blog

Powered by Blogger.

Unsur Seni dan Prinsip Seni dalam Fotografi

Unsur Seni 

a. Garisan

  • Unsur penting dalam setiap penghasilan imej fotografi.
  • Dengan menggunakan garisan anda mampu menunjukkan keluasan, jarak dan perspektif pada satu-satu gambar. 
  • Garisan juga mampu memandu pandangan penonton.
  • Terdapat berbagai jenis garisan di persekitaran kita, namun yang paling ketara adalah garisan melintang (horizontal), menegak (vertical) dan menyerong (diagonal).
  • Jenis-jenis garisan lain termasuklah bengkang-bengkok, serabut, bulat, berpintal, beralun, bergerigi, zig-zag dan sebagainya.



b. Bentuk (Shape)

  • Bentuk dapat diertikan sebagai bangun, dimensi, ruang. 
  • Shape merupakan salah satu teknik yang termasuk ke dalam komposisi fotografi. 
  • Shape dalam komposisi fotografi bererti suatu objek yang membentuk suatu bentuk seperti kotak, segi tigadan sebagainya. 
  • Shape biasanya diterapkan dalam benda-benda yang berbentuk kotak.
  • Shape digunakan untuk menekankan kesan abstrak pada suatu gambar.






c. Tekstur

  • Penerapan dalam unsur visual ini biasanya menggunakan suatu benda yang permukaannya terlihat kasar, halus, basah, dan sebagainya. 
  • Pencahayaan sangat penting ketika mengaplikasikan unsur visual tekstur dalam suatu gambar kerana cahaya memperkuat ketajaman gambar, sehingga gambar yang dihasilkan sempurna. 
  • Tekstur biasanya menggunakan teknik memperbesar gambar (zoom in) agar terlihat secara terperinci permukaan objek dan terlihat jelas tekstur tersebut.





d. Corak

  • Corak yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lain yang boleh menjadi unsur penarik perhatian utama. 
  • Pengulangan itu menimbulkan kesan  dan harmoni dalam gambar. 
  • Tetapi, terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan.



Prinsip Seni

a. Komposisi

  • Komposisi adalah susunan atau gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu gambar. 
  • Komposisi adalah cara sesuatu foto menyampaikan penceritaan gambar
  • Komposisi adalah suatu Organisasi Visual.



b. Keseimbangan
  • Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar. 
  • Mengawal elemen-elemen untuk menarik perhatian. 
  • Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal
  • Ia juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan ataupun ketenangan.





c. Kontras
  • Kontras terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen lain.
  • Ada dua jenis kontras iaitu kontras ton dan kontras warna. 
  • Kontras tona merujuk pada perbezaan ton dari yang paling terang ke yang paling gelap, dengan kata lain, perbezaan ton dari putih ke hitam. 
  • Kontras warna merujuk pada bagaimana warna berinteraksi satu sama lain. 
  • Gambar ton normal memiliki elemen putih, beberapa hitam.
  • Gambar ton rendah ialah gambar yang hampir tidak ada bahagian yang sangat terang atau gelap, semua ton hampir mirip satu sama lain. 
  • Gambar ton tinggi sifatnya kasar sedangkan gambar dengan kontras rendah sifatnya lembut.





d. Harmoni

  • Bermaksud elemen-elemen di dalam suatu gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, dan mempunyai kaitan.
  • Harmoni boleh menyebabkan beberapa elemen nampak seperti satu entiti. 
  • Contohnya bunga-bunga seperti gambar di bawah membentuk satu kumpulan bunga.




0 comments:

Post a Comment