Jenis-jenis lensa
1. Telefoto
Telefoto adalah lensa yang mampu membesarkan imej yang berjarak jauh. Kadang kala ia dikenali dengan ‘Long Lens’ kerana lensa ini selalunya memang panjang. Lensa ini mempunyai jarak ‘Depth of Field’ yang lebih pendek berbanding dengan lensa – lensa yang lain. Ia senang menghasilkan bokeh dan subject mudah untuk diasingkan dari latar belakangnya.
2. Wide Angle
Lensa wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas, cantik digunakan untuk mengambil gambar landskap, dan mampu mengambil gambar pada ruang yang sempit. Lensa ini senang untuk difokuskan, ia mempunyai kesan ‘depth of field’ yang luas, di mana ‘photographer’ tidak perlu bersusah payah untuk memfokuskan objek.
Ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat, dan boleh menampakkan kesan lengkungan
Lensa wide angle tidak sesuai digunakan untuk mengambil gambar potrait, kerana ia menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gemuk kerana kesan lengkungan. Mengambil gambar menggunakan lensa ini akan menyebabkan sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas. Jadi gambar akan menjadi lebih luas apabila diambil menggunakan lens wide angle.
Lensa wide angle mempunyai focal length dari 14mm – 28mm
3. Fish Eye
Fish Eye mempunyai pandangan hampir kepada 180 darjah. Ia mempunyai kelengkungan yang membulat apabila menggunakan lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. Selain dari besar dan sukar dibawa, ia juga sukar untuk dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan dari lens tercalar (scratch). Tetapi hasil gambar yang diambil akan kelihatan menarik.
4. Mikro Lens
Micro Lens AF microLensa mikro adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat seperti 5 inci dsbnya. Lensa ini selalunya digunakan untuk mengambil gambar spesis-spesis serangga yang kecil, bunga dan gambar-gambar close-up.
Gambar-gambar daripada pelbagai jenis fokal length lensa
0 comments:
Post a Comment