Aperture dan f-stop dan B-stop
Aperture adalah bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila anda mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang mahu dirakam. Memilih aperture yang mahu digunakan akan mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi. Semakin besar lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera..
Berapa banyak cahaya yang masuk ke dalam lubang shutter akan mempengaruhi samada gambar yang diambil akan mendapat ‘exposure’ yang betul atau tidak (dengan mengabaikan faktor shutter speed dan ISO terlebih dulu). Terlalu banyak cahaya yang masuk boleh mengakibatkan gambar menjadi ‘overexposed’, manakala terlalu kurang boleh menyebabkan ia menjadi ‘underexposed’ pula.
Ukuran aperture dilabelkan dengan simbol f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Ukuran ini adakala mengelirukan kerana semakin besar nombor f, lubang shutter adalah semakin kecil. Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah semakin besar.
f- stop
👉 Nisbah panjang lensa fokus kepada diameter cahaya masuk.
👉F-Stop lebih mudah digunakan untuk menunjukkan skala perbandingan atau naik turunnya F-number atau aperture. Ada 3 skala yang dikenal iaitu full stop, setengah stop dan sepertiga stop.
👍Full Stop (1 stop) adalah skala paling besar, iaitu mulai f/22, f/16, f/11, f/8 sampai kepada f/1. Kenaikkan aperture sebesar 1 stop bererti melebarkan aperture (memperbanyak cahaya) sebesar 1.41 kali
👍Setengah Stop (1/2 stop) adalah skala pertengahan dari full stop. Contoh menurunkan 1/2 stop dari f/2.8 bererti mengubah aperture ke skala antara f/2.8 dan f/4 yang hasilnya adalah f/3.3.
👍Sepertiga Stop (1/3 stop) adalah skala tiap sepertiga antara full stop. Contoh menaikkan 1/3 stop dari f/5.6 bererti mengubah aperture ke f/5. Skala 1/3 stop ini paling banyak digunakan di kamera-kamera digital yang disertai setting aperture manual.
B-stop
👆 Letakkan kamera pada tripod supaya kedudukan kamera tetap dan tidak bergoyang.
👆 Membuat rakaman dengan bukaan B-stop masa 5 saat untuk rakaman pertama diikuti 10 saat, 15 saat dan 20 saat.
👆 Masa terbaik untuk menangkap gambar malam ialah waktu senja antara pukul jam 5 petang hingga 6 petang kerana langit masih kelihatan kebiruan.
👆 Pastikan ada cahaya lampu.
0 comments:
Post a Comment