TAN SIN JIE

TAN SIN JIE
Unit: S9
Major: BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: HUAWEI NOVA

Search This Blog

Powered by Blogger.

Fungsi Kamera



Sebuah kamera terdiri daripada tiga komponen utama iaitu sensor dan pemproses (bahagian eletronik), lensa (bahagian optikal) dan badan kamera (bahagian fizikal). Lensa kamera adalah bahagian yang menumpukan dan kemasukan cahaya ke dalam sensor kamera. Kanta cembung (convex lens) digunakan kerana sifatnya yang memfokuskan sinar cahaya, bertentangan dengan kanta cengkung yang mencapahkan cahaya. Imej yang terhasil juga adalah terbalik semasa ia terbentuk pada sensor dan kemudiannya diperbetulkan oleh pemproses.


Kawasan kabur di belakang kamera dapat dihasilkan dengan lebih ketara apabila bukaan lensa yang besar digunakan. Semakin besar bukaan, semakin sempit medan jelas (depth of field). Medan jelas merupakan kawasan yang berada di dalam fokus, semakin besar medan jelas, semakin luas kawasan yang boleh difokuskan oleh lensa. Sensitiviti ISO adalah sifat sensor kamera dan ia juga boleh dikawal mengikut keperluan. Semakin tinggi sensitiviti ISO, semakin banyak foto yang boleh dikumpul, maka semakin cerah foto yang dihasilkan. Sensitiviti sensor yang biasa digunakan adalah ISO 100, ISO 200, ISO 1600 sehinggalah ISO 51,200. 




















































0 comments:

Post a Comment