TAN SIN JIE

TAN SIN JIE
Unit: S9
Major: BAHASA CINA
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: HUAWEI NOVA

Search This Blog

Powered by Blogger.

Pengenalan kepada Asas Pencahayaan Dalam Studio

  • Teknik pencahayaan (lighting) dalam fotografi sangat penting untuk dipelajari dan dipraktik bagi mendapatkan hasil Fotografi yang baik. 
  • Cahaya adalah komponen yang penting dalam sesi fotografi.
  • Fotografer yang berpengalaman akan mempertimbangkan arah cahaya, samada cahaya semula jadi atau cahaya buatan. 
  • Kualiti cahaya matahari bergantung pada jam dan kedudukan matahari, cahaya matahari pagi adalah berbeza dengan cahaya matahari petang. 






  • Cahaya adalah keperluan dalam fotografi.
  • Terdapat banyak cara untuk menerangi subjek ketika sesi pengambaran di studio.

1. Mainlight




  • Disebut sebagai cahaya utama dan terpenting dalam pencahayaan fotografi
  • Fungsinya memberikan pencahayaan kepada objek sehingga memberikan kesan bentuk dan demensi kepadanya.
  • Bahagian pemberian pencahayaan yang paling terang.



2. Filllight



  • Cahaya pengisi yang digunakan untuk membantu menerangi bahagian yang gelap atau berbayang.
  • Biasanya diletakkan bertentangan dengan mainlight.
  • Intensiti cahayanya lebih kecil.


3. Rimlight




  • Cahaya yang datang dari belakang/penyamping.
  • Fungsinya memberikan tambahan dimensi atau kedalaman pada objek.


4. Backlight




  • Cahaya yang datang dari arah tegak lurus belakang.
  • Fungsinya memberikan kesan rimlight di sekeliling objek.


5. Hair Light



  • Cahaya yang datang dari arah atas objek/sedikit kebelakang dari bahagian muka.
  • Fungsinya memberikan kesan yang lebih menyerlah dan kedalaman bahagian rambut.



Teknik pencahayaan harus dikuasai oleh setiap individu sebagai seorang fotografer.
Di dalam fotografi terdapat 3 jenis sumber cahaya, iaitu:

i. Available Light
-Cahaya yang telah tersedia secara alami dari lingkungan persekitaran. 
-Fotografer tidak mampu mengatur besar-kecil serta arah penyinaran cahaya tersebut.
-Seperti matahari, lampu kota, lampu panggung, lampu ruangan. Istilah ini juga disebut sebagai ambient light.




ii. Artificial Light
-Cahaya yang sengaja kita buat ketika kita sedang membuat sebuah gambar foto. 
-Fotografer boleh mengawal besar-kecil serta mengubah arah penyinaran dari cahaya tersebut. 
-Contoh seperti lampu studio dan flash/ lampu kilat.



iii. Mix Light
-Kedua-dua sumber cahaya (available dan artificial) digabungkan ke dalam sebuah foto. 
-Fotografer boleh menggabungkan beberapa available light misalnya sinar matahari dengan lampu ruangan), dan juga menggabungkan beberapa artificial light misalnya lampu studio dengan flash dan available light dengan artificial light (lampu kota dengan lampu kilat).





0 comments:

Post a Comment